Wednesday, 9 April 2014

~aNdaI kAu MIliKkU~


~✿>> Maafkan saya kerana TERLALU MENCINTAI AWAK..andai benar awak MAHU MENJADI SEBAHAGIAN dari keluarga saya, JUMPALAH WALI saya..ambil saya dengan CARA YANG TERHORMAT..


Bolehkan awak? ♥♥

Alhamdulillah, dah setahun aku berubah. dah setahun aku bertudung labuh. syukur padaMu kerana aku masih istiqamah. Allah, peliharakanlah aku di siang dan malamMu. Allah jagalah aku, lindungilah aku. sesumgguhnya hanya padamu Ya Allah aku berlindung :)

Sunday, 17 June 2012

~13 Aurat Bagi Muslimah Yang WAJIB Dijaga~


‎13 Aurat Bagi Muslimah Yang
WAJIB Dijaga

1. Bulu kening -
Menurut Bukhari, Rasullulah
melaknati perempuan yang
mencukur atau menipiskan bulu
kening atau meminta supaya
dicukurkan bulu kening - Petikan
dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi
Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang
berloceng -
Dan janganlah mereka
(perempuan) menghentakkan
kaki (atau mengangkatnya) agar
diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan - Petikan dari S ura
h An-Nur Ayat 31. Keterangan :
Menampakkan kaki dan
menghayunkan/ melenggokkan
badan mengikut hentakan kaki
terutamanya pada mereka yang
mengikatnya dengan loceng sama
juga seperti pelacur dizaman
jahiliyah.

3. Wangian -
Siapa sahaja wanita yang
memakai wangi-wangian
kemudian melewati suatu kaum
supaya mereka itu mencium
baunya, maka wanita itu telah
dianggap melakukan zina dan
tiap-tiap mata ada zinanya
terutamanya hidung yang
berserombong kapal kata orang
sekarang hidong belang - Petikan
dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn
Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada -
Hendaklah mereka (perempuan)
melabuhkan kain tudung hingga
menutupi bahagian hadapan
dada-dada mereka - Petikan dari
S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi -
Rasullulah melaknat perempuan
yang mengikir gigi atau meminta
supaya dikikirkan giginya - Petikan
dari Hadis Riwayat At-Thabrani,
Dilaknat perempuan yang
menjarangkan giginya supaya
menjadi cantik, yang merubah
ciptaan Allah - Petikan dari Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher -
Dan tinggallah kamu
(perempuan) di rumah kamu dan
janganlah kamu menampakkan
perhiasan mu seperti orang
jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up)
dan menurut Maqatil sengaja
membiarkan ikatan tudung yang
menampakkan leher seperti
orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan -
Asma Binte Abu Bakar telah
menemui Rasullulah dengan
memakai pakaian yang tipis.
Sabda Rasullulah: Wahai Asma!
Sesungguhnya seorang gadis yang
telah berhaid tidak boleh baginya
menzahirkan anggota badan
kecuali pergelangan tangan dan
wajah saja - Petikan dari Hadis
Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan -
Sesungguhnya kepala yang
ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh kaum yang
bukan sejenis yang tidak halal
baginya - Petikan dari Hadis
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata -
Dan katakanlah kepada
perempuan mukmin hendaklah
mereka menundukkan
sebahagian dari pemandangannya
- Petikan dari S ura h An Nur
Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW,
Jangan sampai pandangan yang
satu mengikuti pandangan
lainnya. Kamu hanya boleh
pandangan yang pertama sahaja
manakala pandangan seterusnya
tidak dibenarkan hukumnya
haram - Petikan dari Hadis
Riwayat Ahmad, Abu Daud dan
Tirmidzi.

10. Mulut (suara) -
Janganlah perempuan-
perempuan itu terlalu lunak
dalam berbicara sehingga
berkeinginan orang yang ada
perasaan serong dalam hatinya,
tetapi ucapkanlah perkataan-
perkataan yang baik - Petikan
dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan
ada umat ku yang minum arak
yang mereka namakan dengan
yang lain, iaitu kepala mereka
dilalaikan oleh bunyi-bunyian
(muzik) dan penyanyi perempuan,
maka Allah akan tenggelamkan
mereka itu dalam bumi - Petikan
dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan -
Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan mukmin,
hendaklah mereka menundukkan
pandangan mereka dan menjaga
kehormatan mereka - Petikan
dari S ura h An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu
solat lima waktu, puasa di bulan
Ramadan, menjaga
kehormatannya dan mentaati
suaminya, maka masuklah ia ke
dalam Syurga daripada pintu-
pintu yang ia kehendakinya -
Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun
yang membuka pakaiannya
bukan di rumah suaminya,
melainkan dia telah
membinasakan tabir antaranya
dengan Allah - Petikan dari Hadis
Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan
Ibn Majah.

12. Pakaian -
Barangsiapa memakai pakaian
yang berlebih-lebihan terutama
yang menjolok mata , maka Allah
akan memberikan pakaian
kehinaan di hari akhirat nanti -
Petikan dari Hadis Riwayat
Ahmad, An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat
59. Bermaksud : Hai nabi-nabi
katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak perempuanmu dan isteri-
isteri orang mukmin, hendaklah
mereka memakai baju jilbab (baju
labuh dan longgar) yang
demikian itu supaya mereka
mudah diken ali Lantaran itu
mereka tidak diganggu. Allah
maha pengampun lagi maha
penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli
Neraka ialah perempuan-
perempuan yang berpakaian
tetapi telanjang yang condong
pada maksiat dan menarik orang
lain untuk melakukan maksiat.
Mereka tidak akan masuk Syurga
dan tidak akan mencium baunya
- Petikan dari Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim. Keterangan :
Wanita yang berpakaian tipis/
jarang, ketat/ membentuk dan
berbelah/membuka bahagian-
bahagian tertentu.

13. Rambut -
Wahai anakku Fatimah! Adapun
perempuan-perempuan yang
akan digantung rambutnya
hingga mendidih otaknya dalam
Neraka adalah mereka itu di
dunia tidak mahu menutup
rambutnya daripada dilihat oleh
lelaki yang bukan mahramnya -
Petikan dari Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan
perkara ini kepada saudara
Muslim yang lain. Sabda
Rasulullah SAW siapa yang
menyampaikan satu ilmu dan
orang membaca
mengamalkannya maka dia akan
beroleh pahala walaupun sudah
tiada..

Saturday, 16 June 2012

::HajArUl ASwAD::





Misteri HAJARUL ASWAD.. Misteri BATU HITAM...


Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : “Planet Bumi ternyata tergantung di ruang yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?.”

Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian laman web tersebut ghaib yang sepertinya ada alasan tersembunyi dibalik penghapusan laman web tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir), hal ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’bah di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu ruang yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, bererti apabila kita mengeluarkan kompas di ruang tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Ka’bah, maka seakan-akan diri kita dicaj semula oleh suatu kuasa misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka’bah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, 

“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam". 

(Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) 

~RahSia SujuD~


Menarik! Ketahui 15 Rahsia Sujud yang Mungkin Anda Belum Ketahui Lagi
15 Kelebihan Sujud

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.

1.Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2.Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3.Melegakan sakit hernia.

4.Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5.Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6.mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

7.kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8.Meringankan bahagian pelvis.

9.Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10.Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

11.Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

12.Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

13.Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).

14.Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

15.Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.

Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu a’lam.

Friday, 15 June 2012

~DiAm LeBih Baik~


:: Diam Lebih Baik Dari Berkata Sia-Sia ::

Dari abu Hurairah r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka apabila ia menyaksikan suatu peristiwa, hendaklah dia menanggapinya dengan baik atau diam.

Bijaksanalah membimbing wanita kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagian yang paling bengkok ialah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah. Tetapi jika engkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok. Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik.”

(Muslim)


Thursday, 14 June 2012

~KeTikA~


Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmatamu.


Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja… Allah sedang menunggu bersama-samamu…



Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan… Allah bersamamu untuk menenangkanmu…

Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi… Allah mempunyai jawapannya…

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur… Allah telah pun memberkatimu…

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu… Allah sentiasa berada di sampingmu…

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan… sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu…

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban… Allah akan tersenyum kepadamu…

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi…Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu…

Oleh itu ingatlah bahwa di manapun kau atau ke manapun kau berada…Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu…(。◕‿◕。)